🌟 Mohd Fikri Bin Azman
(Tempat Ke-3 Pertandingan Bakat Seni Kartun Merdeka- (Klik Disini Untuk Review)
(Dari Kiri Imran, Kartunis Gayour, Faizal Mukhtar, Kartunis Sireh, Kartunis Aie dan Kito di Majlis Hari Raya Pekomik)
Sehinggalah tertubuhnya blog peribadi di mana KiTo berkongsi karya-karya dan dikritik oleh kartunis lagenda tanah air iaitu Sifu Gayour (Cikgu Bimbingan & Kaunseling) , Kalamtimur (Cikgu Warna Digital), Cronstudio (Cikgu Penasihat), Niezam Comic (Cikgu Digital & Stroke), Rabun Mata (Cikgu Penasihat) dan Rio Rashid (Cikgu Selok Belok Industri). di situlah titik permulaan KiTo mendapat bimbingan daripada kartunis Malaysia yang menjadi idolanya.
(Pertandingan Melukis Kartun 1 Malaysia 2012 Pasar Seni)
Sehinggalah suatu hari, KiTo masuk Pertandingan Melukis Kartun 1 Malaysia yang telah diiklankan di facebook pada tahun 2012 yang lalu. Semangat untuk menang berkobar-kobar menelefon Kartunis Nayan untuk menghantar penyertaan. KiTo memberitahu kepada emak dan ayah bahawa ingin ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib.
Ya, nasib menyebelahi KiTo apabila nama KiTo telah di panggil untuk naik keatas pentas. Tidak dapat gambarkan impian semasa kecil lalu terlintas ketika ribuan flash kamera menyambar atas kemenangan itu. Menjadi harapan mak dan ayah untuk melihat anaknya menang. Itulah hadiah yang dapat KiTo hadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan untuk meyakinkan bahawa bidang Kartun ini mampu menyara hidup. Kini mereka tidak lagi merasakan bidang yang KiTo pilih itu adalah sia-sia.
Selepas daripada kemenangan itu, KiTo telah disunting oleh menjadi Editor di Majalah Komik Niaga pada tahun 2012-2013 dan menjadi kartunis di Majalah Fuyyoo! pada tahun 2013 yang lalu. Kini KiTo bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan syarikat penerbitan majalah. Juga melakukan aktiviti berblogger untuk kelangsungan hidup sebagai kartunis. KiTo masih mendalami dan belajar ilmu tentang kartun bersama-sama rakan-rakan artist yang lain.
(Sebuah Karya Loose Part yang bertajuk Fussy-Bila salah seorang buat kecoh)
Ki To amat meminati karya yang berkonsepkan "emolism". Kartun yang diterapkan di dalam karya banyak mengaplikasikan seni-seni yang ditonjolkan oleh budaya EMO. Bukan kerana KiTo ini suka budaya EMO, tetapi seninya memberi pengaruh yang kuat untuk saya ketengahkan dan memberi sedikit kelainan dalam persembahan kepada peminat kartun KiTo. Prinsip yang KiTo pegang selama ini semasa bekarya ialah "Cartoon is My Heart, Comic is My Mind, Story is My Life". KiTo suka bercerita, suka konsep penceritaan ala-ala cerita barat yang banyak ditonjolkan di filem, sebagai contoh cerita 3D yang dihasilkan oleh Dreamwork Studios. Suka menerapkan unsur-unsur misteri, seram, percintaan, serta sinis.
Ini adalah antara majalah yang pernah Ki To hantar dan diterbitkan. Banyak kenangan di setiap Majalah yang Ki To sertai. Antaranya yang Majalah Komik Niaga yang diterbitkan oleh Flarebiz Sdn. Bhd. secara Digital setiap 4 bulan sekali. Ini adalah majalah pertama Ki To dilantik sebagai Editor majalah di Usia 19 tahun. Pada masa yang sama Ki To juga menghantar karyanya di Majalah Fuyyoo sebagai Kartunis di sana dari isu pertama sampailah isu ke-6. Kerja sambilan yang dilakukan juga adalah menjadi seorang pelukis illustrasi untuk majalah kanak-kanak iaitu Tik Tok, sebuah majalah kanak-kanak. Majalah Fuyyoo dan Majalah Tik Tok adalah dibawah penerbitan Ongkoyz iaitu Komikkita Studio. Manakala Majalah Sempoi ada juga Kito menghantar karyanya disana untuk beberapa Edisi.
@kit0_sia Alhamdulillah terima kasih kepada team produksi Anithink's Studio kerana menerbitkan dokumentari tentang diri Ki To. #fyp #documentary #dokumentari #rtm1 #dakwatdankeringat #kartunmalaysia #kartun #malaysiacartoon ♬ bunyi asal - Ki To Sia
(Kenangan ketika mengambil Anugerah Kartunis Harapan di suatu majlis Hari Kartunis)
(Trofi dan sijil pencapaian Kartunis Ki To Sia)
Diupdate pada 27.5.2025 pada hari Selasa Jam 8.46 pagi


















0 comments:
Post a Comment