Tokomixhub

Lanyard eksklusif daripada artis Etudea

Dapatkan produk eksklusif daripada barisan artis kami. Produk kami sememangnya rare!

Kategori Produk Kami

Klik imej ini untuk mencari kategori yang sedia ada.

Tajuk

Descriptions.

Tittle

Descriptions.

Title

Descriptions.

Wednesday, December 31, 2025

Fesma Kemas Maeps Serdang 2025

      Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kami, pada 4.12.2025 sehingga 7.12.2025 kami telah mendapat jemputan melukis karikatur di Maeps Serdang. Ini adalah Pesta yang terbesar organisasi KEMAS dari seluruh negeri.

(Lukisan Karikatur yang dilukis oleh Kartunis Ki To Sia - part 1)

       Acara yang berlangsung begitu banyak, ada banyak checkpoint pentas dan banyak acara sampingan berlaku di setiap pentas yang berlainan. Kami adalah salah satu checkpoint hiburan dimana berkumpulnya aktiviti mewarna, belon oleh badut, melukis pada wajah, aktiviti santai bersama haiwan jinak dan akhir sekali melukis karikatur wajah.

(Lukisan Karikatur yang dilukis oleh Kartunis Ki To Sia - part 2)

      Saya dan isteri bergandingan bersama-sama melukis wajah anda dalam bentuk karikatur di dalam sehelai kertas. Lebih dari 300 wajah telah berjaya dilukis oleh kami berdua. Ini adalah acara tahunan yang berlangsung setiap tahun. Saya berterima kasih kepada pihak KEMAS kerana telah memilih dan menjemput kami memeriahkan suasana di sana.

(Lukisan Karikatur yang dilukis oleh Kartunis Ki To Sia - part 3)

       Ini adalah wajah-wajah ceria yang telah digambarkan oleh kartunis  Ki To Sia. Mereka banyak datang dari pelbagai negeri dan juga ada yang dari Sabah dan Sarawak. Ini adalah pesta terbesar yang pernah kami sertai yang mengumpulkan seramai beratus ribu orang datang.

(Lukisan Karikatur yang dilukis oleh Kartunis Ki To Sia - part 4)

       Akhir kalam, terima kasih kepad pihak KEMAS kerana sudi menjemput kami berdua untuk memeriahkan majlis. Semoga kita bertemu di Majlis akan datang!

Thursday, November 20, 2025

Hari Potensi KEMAS di UTM Skudai Johor Bahru 2024

       Skudai, Johor - Pada 7.9.2024 sehingga 8.9.2024 pihak kami telah dijemput oleh pihak KEMAS untuk memeriahkan suasana dengan berkarikatur sambil memberikan kepada para pengunjung yang menghadiri aktiviti sukaneka di sana.

       Karikatur telah diberi secara percuma kepada para pengunjung yang menonton aktiviti sukaneka anak-anak mereka disana. Majlis itu sangat meriah sehingga menyebabkan terlalu ramai pengunjung yang berbaris untu mendapatkan karikatur secara percuma oleh pasangan karikaturis.



      Kelihatan para pengunjung sangat berpuas hati mendapatkan karikatur secara langsung oleh kedua-dua karikaturis tempatan ini sehingga di garisan waktu terakhir.

Wednesday, July 09, 2025

Biografi Kartunis Na Na


🌟 Farah Farhana Binti Ahmad Nahar

Kartunis | Penerbit | Karikaturis
📍 Senawang, Negeri Sembilan | 🇲🇾 Malaysia
🎨 Nama pena: Na Na


Latar Belakang Pendidikan

  • Diploma dalam Rekabentuk Grafik

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Rekabentuk Grafik

  • Sijil SKM Tahap 3 dalam Animasi 3D Multimedia


Pengalaman Awal

      Na Na mula menunjukkan minat melukis seawal usia 4 tahun dan mula menjual hasil karya lukisannya pada usia 9 tahun (Darjah 3). Dorongan dan minat ini berkembang menjadi kerjaya sepenuh masa sebagai Kartunis dan Karikaturis selepas berkahwin pada 2019.

Pengalaman Industri

2.8.2016 - 7.12.2017 : Inspedia Sdn. Bhd. [ Layout Artist ]

Projek animasi yang pernah buat :

1. Hanazuki Full of Treasures

2. A New Kind Of Magic

3. Mighty Magiswords

2016 - 2020 : Lil Nana Resources [ Pengasas & Artist ]
  1. Shoes Custom Painting
  2. Grafik Design
  3. Fotografi
  4. Lukisan Potrait


Karya dan Penerbitan Sendiri.

      Na Na dikenali melalui siri komik bertema kehidupan dan motivasi berjudul Diari Nana. Gaya lukisannya yang comel dan naratif yang menyentuh sisi kehidupan yang menjadi idaman setiap individu yang inginkan ketenangan menjadikan karya-karya beliau sesuai untuk semua lapisan pembaca.

Senarai karya utama:

  1. Lawak Diari Nana X GIATMARA Kota Raja

  2. Lawak Diari Nana Memori 2021

  3. Diari Nana Membaca Sambil Mewarna

  4. Nana's Diary: Story Telling & Coloring Book

  5. Nana's Diary: New Journey

  6. Kembara Diari Nana


Karya yang pernah dihantar ke penerbitan.

  1. Majalah Kreko (2008 - 2010)
  2. Sempoi Edisi Muhibah (2021)
  3. Majalah Etudea Ground Zero (2022)
  4. Bigrose D.I.Y Comic Isi Lawak Sejagat (2022)
  5. Demi Sebuah Pengharapan (2023)
  6. Majalah Etudea Revamp (2023)
  7. Majalah Tabuh (2024)
  8. Bigrose D.I.Y Comik Lawak Srikandi (2025)
(Pernah menghantar karya loose part di Majalah Kreko pada tahun 2008 hingga 2010 dengan menggunakan nama pena Himawari Nana.)

(Juga pernah menghantar ke Majalah Etudea V1 & V2 menggunakan nama Nana)






Gaya Seni dan Kepakaran

  • Gaya Lukisan: Comel (Kawaii), Slice of Life, Positif & Inspirasi

  • Bidang: Komik, Ilustrasi, Buku Mewarna, Visual Storytelling, Multimedia Animasi

  • Kemahiran Tambahan: Reka bentuk grafik, susun atur buku, pewarnaan digital, animasi asas


Inspirasi

Kartunis Na Na menjadikan suaminya, Kartunis Ki To Sia, sebagai sumber inspirasi utama kerana suaminya juga adalah seorang kartunis. Mereka sering berkongsi idea dan bekerjasama dalam menghasilkan kandungan kreatif yang memberi impak kepada komuniti seni tempatan.


Impak dan Sumbangan

Na Na membawa nilai positif melalui lukisan yang ringan tetapi penuh makna. Setiap karya beliau menekankan elemen kekeluargaan, motivasi diri, dan penghargaan terhadap kehidupan seharian.


Fakta Menarik

Walaupun bergaya comel dan santai dalam karyanya, Na Na juga sangat teliti dalam teknikal susun atur buku, pemilihan warna, dan pengalaman pembaca dari kulit ke kulit, menjadikannya seorang artis yang lengkap dari konsep girlish pinky ke penerbitan.

Anugerah Pencapaian :


(Majlis Anugerah

(Fotografi setelah selesai mengambil anugerah. Klik lawati link untuk lihat pautan.)

(Cebisan dari Keratan Akhbar)

(Keratan Akhbar Nasional)

Rancangan Televisyen

  1. Buletin TV9 (Slot Seni & Hiburan) : Karikaturis Wanita Tampil "Trademark" Sendiri. (15 Julai 2024)
  2. Kedah FM - Pok Lek Lek (21 Sep 2024)
  3. Rancangan RTM1 - Iris Wanita : Dunia Kartunis Wanita 
@nanaartstudios Untuk pertama kali kena interview sewaktu tengah bekerja di tapak niaga di festival Peneroka Felda yang dianjurkan pada 12 Julai hingga 14 Julai. Terima kasih pada Buletin Tv9 . 🙂 #artist #karikaturis #caricaturist #karikatur #caricature #felda #penerokafelda #haripenerokafelda2024 #buletintv9 ♬ bunyi asal - NanaArtStudios




(Video penuh : Rancangan Pok Let-let Jer oleh Kedah FM - Kartunis Nana) Klik Disini Untuk Tonton Video Penuh

(Part 1 Video penuh : Rancangan RTM 1 IRIS WANITA - Dunia Kartunis Wanita)

(Part 2 Video penuh : Rancangan RTM 1 IRIS WANITA - Dunia Kartunis Wanita)

(Part 3 Video penuh : Rancangan RTM 1 IRIS WANITA - Dunia Kartunis Wanita)

Saturday, July 05, 2025

Kenali diri siapakah anda dalam industri Kartun dan Komik bhg. 1

      Sudah pasti ramai anak-anak yang ingin tahu apakah gelaran yang ada didalam kerjaya melukis Kartun & Komik. Apabila kita mengetahui posisi yang kita inginkan, nescaya kita akan menjadi seorang Artist yang professional dengan gelaran yang membuatkan orang melihat anda sebagai profesi apa?

1. Penulis
    Ada penulis dia suka menulis novel, tetapi ada juga penulis yang suka menulis skrip komik. Cara skrip penulisan komik pula tidak sama seperti penulis yang menggunakan bahasa yang melankolis, puitis serta bermadah pujangga dan berdarjat tinggi. Kebanyakan penulis komik selalunya mereka adalah Sketch Artist. Mereka ada idea, tetapi mereka kurang dari segi menghasilkan karya lukisan yangh jitu.


2. Sketch Artist (Artis Konsep)
     Golongan ini gemar melakar idea. Mereka mempunyai banyak idea dalam fikiran, seumpama seorang penulis. Walaupun ada yang kurang mahir melukis secara teknikal, namun mereka berperanan besar dalam merangka konsep awal. Ada juga yang mempunyai kemahiran lengkap termasuk inking, mewarna, dan finishing. Mereka sering menghasilkan lakaran ringkas atau thumbnail sebagai asas kepada sesebuah karya.

3. Doodle Artist / Inker
     Mereka ini pakar dalam menghasilkan garisan yang kemas dan konsisten. Tugas utama mereka ialah memperkemas lukisan melalui proses inking. Golongan ini sesuai untuk memperjelas bentuk dan struktur sesuatu lukisan agar lebih jelas sebelum proses mewarna.

4. Colorist
     Mereka memiliki kepakaran dalam aspek pewarnaan karya agar menjadi lebih menarik dan hidup. Seorang colorist biasanya bekerjasama rapat dengan inker atau doodle artist, terutamanya apabila diberikan karya yang telah diink tanpa warna. Gabungan mereka mampu menghasilkan visual yang memukau.

5. Illustrator
     Pelukis ilustrasi tidak gemar mengulangi subjek yang sama. Mereka sering bereksperimen dengan pelbagai gaya dan watak bagi mempertingkatkan kemahiran. Mereka cenderung menghasilkan seni dalam bentuk aksi, fesyen, atau kenangan. Kebanyakan ilustrator juga merupakan pelukis kulit buku yang mahir.

6. Kartunis
     Artis visual yang pakar dalam melukis dan menulis kartun atau komik. Mereka bertanggungjawab untuk kedua-dua aspek visual dan sastera karya. Ini boleh termasuk melukis, menulis dan reka bentuk keseluruhan kartun atau jalur komik. Berikut ialah pecahan yang lebih terperinci:

Artis Visual:
Kartunis menggunakan kemahiran melukis mereka untuk mencipta imej, watak dan tetapan yang menjadi ciri kartun.

Penulis:
Mereka sering menulis dialog, kapsyen dan jalan cerita yang mengiringi elemen visual.

Pencipta:
Tidak seperti ilustrator yang mungkin memberi tumpuan semata-mata pada aspek visual, kartunis terlibat dalam keseluruhan proses kreatif, daripada konsep awal hingga produk akhir.

Jenis Kartun:
Kartunis boleh menghasilkan pelbagai jenis kartun, termasuk jalur komik, kartun politik, kartun animasi dan banyak lagi.

7. Pelukis Komik
     Pelukis komik tidak semestinya mencipta cerita. Ada yang hanya melukis berdasarkan skrip atau cerita yang ditulis oleh penulis lain. Mereka adalah tenaga produksi yang penting dalam merealisasikan karya penulis. Kadangkala, hanya penulis diketengahkan dalam sesebuah projek, manakala pelukis komik kurang diberi pengiktirafan. Namun, ada juga yang bekerjasama secara berkumpulan bersama penulis.

8. Komik Artis
     Sama seperti kartunis, tetapi lebih cenderung menghasilkan karya bersiri dan naratif yang mendalam. Panel yang digunakan lebih dinamik dengan penekanan terhadap ekspresi emosi dan suasana. Mereka sanggup melukis watak yang sama berulang kali tanpa jemu, demi menjaga kesinambungan cerita.

9. Layout Artist
      Mereka adalah "arkitek" halaman komik yang menyusun rumah penceritaan supaya pembaca tak sesat, tak bosan, dan terkesan dengan setiap babak. Individu yang bertanggungjawab menyusun elemen visual seperti panel, watak, latar belakang dan dialog di dalam satu muka surat komik atau ilustrasi supaya aliran penceritaan menjadi jelas, lancar dan menarik. Mereka ini selalunya boleh berkawan dengan Pereka Grafik.

10. Pereka Grafik.
     Individu yang bertanggungjawab dalam aspek visual bukan utama komik seperti tipografi, rekaan kulit, logo, promosi, dan susun atur bahan penerbitan. Mereka memberi wajah profesional kepada sesebuah karya agar mudah dikenali, menarik perhatian, dan konsisten dengan identiti jenama komik tersebut.
  • Reka letak kulit buku:
    Mereka mencipta layout kulit depan dan belakang, termasuk tajuk, nama pencipta, sinopsis, barcode, dan elemen grafik yang mencerminkan isi kandungan.
  • Logo dan identiti visual:
    Mereka menghasilkan logo komik, watak, kumpulan, atau syarikat penerbitan agar mudah diingati dan kelihatan profesional.
  • Tipografi dan huruf:
    Memilih atau mencipta gaya huruf yang sesuai untuk tajuk, dialog, efek bunyi (sound effect), dan teks promosi.
  • Bahan promosi:
    Mereka bentuk poster, banner, risalah, bahan media sosial dan segala jenis visual pemasaran untuk menarik minat pembaca atau pembeli.
  • Susun atur dan komposisi visual:
    Bertanggungjawab dalam layout majalah, katalog atau platform digital yang menampilkan komik atau kandungan berkaitan.
  • Keseragaman jenama:
    Menjaga konsistensi dari segi warna, gaya, dan reka bentuk dalam setiap terbitan agar imej karya atau jenama kekal kukuh dan dikenali.
Pereka Grafik ialah “pembungkus profesional” bagi karya seni menjadikan karya lebih bersinar, tersusun dan layak untuk dipasarkan secara meluas.

11. Editor
      Individu yang menyelia dan memastikan keseluruhan proses penghasilan komik atau karya kartun berjalan lancar — dari aspek cerita, visual, teknikal, hingga ke penerbitan. Mereka menjaga kualiti, konsistensi, dan kesesuaian kandungan mengikut sasaran pembaca. 
  • Semakan cerita & skrip:
    Memastikan naratif cerita jelas, logik, dan menarik. Mereka membantu penulis mengukuhkan struktur cerita, dialog, dan watak.
  • Konsistensi visual:
    Memastikan watak, latar, dan gaya lukisan kekal konsisten dari satu muka surat ke muka surat lain — penting untuk kesinambungan cerita.
  • Penjaga timeline produksi:
    Editor mengurus jadual kerja, memastikan setiap peringkat disiapkan mengikut masa — daripada lakaran, inking, mewarna, hingga ke susun atur dan cetakan.
  • Penapis kandungan:
    Menilai sama ada kandungan sesuai dengan nilai budaya, sasaran umur, atau polisi penerbit. Mereka juga memastikan tiada isu sensitif atau pelanggaran hak cipta.
  • Penasihat kreatif:
    Memberi cadangan untuk tambah baik karya secara keseluruhan — dari teknik penceritaan, gaya visual, hingga pemasaran.
  • Jambatan antara pencipta & penerbit:
    Editor juga berperanan menjadi penghubung antara pelukis/penulis dengan syarikat penerbitan, pencetak, atau pengedar.

Dalam bahasa ringkas, editor ialah “mata ketiga” dalam karya yang melihat apa yang pencipta tak nampak, memastikan karya sampai ke pembaca dengan terbaik.

    Kesimpulannya, banyak gelaran yang ada berkaitan kerjaya dalam penghasilan buku kartun dan komik. Semoga anda tahu siapa diri anda sebenar dan teruskan menggunakan gelaran posisi kerjaya anda dalam industri yang betul. Anda harus menetapkan siapa anda untuk pelanggan tahu siapakah anda, dan apakah kepakaran anda. Daripada sinilah kerjaya mula bertapak dan secara perlahan-lahan anda dapat membina jati diri anda dalam keusahawanan kartun dan komik. Gelaran yang anda pakai adalah gelaran di dalam kerjaya di dalam bidang Kartun & Komik.

Boleh rujuk link di bawah :

Friday, July 04, 2025

Terma dan Syarat Penggunaan Kandungan Website

Selamat datang ke laman rasmi Tokomix Hub. Dengan mengakses, melayari atau menggunakan laman web ini dan sebarang kandungan berkaitan, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat berikut. Sila baca dengan teliti sebelum meneruskan.


1. Pemilikan Kandungan

Semua kandungan dalam laman web ini termasuk komik, ilustrasi, watak, teks, grafik, muzik, dan logo adalah hak milik eksklusif pencipta, dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan harta intelek. Anda tidak dibenarkan menyalin, menyunting, menyebar atau menggunakan kandungan ini tanpa kebenaran rasmi.


2. Penggunaan Laman Web

Anda dibenarkan:

  • Melayari dan membaca kandungan untuk tujuan peribadi sahaja.

  • Berkongsi pautan rasmi laman web dengan penghargaan sewajarnya.

Anda tidak dibenarkan:

  • Mengubah atau mengedarkan semula kandungan tanpa izin.

  • Menggunakan kandungan untuk tujuan komersial.

  • Mengakses laman web dengan niat jahat, seperti penggodaman atau spam.


3. Fan Art & Kandungan Pengguna

Sebarang fan art, karya peminat, atau penghantaran pengguna mestilah:

  • Tidak melanggar sifat watak asal.

  • Tidak mengandungi unsur negatif, lucah, atau berbahaya.

  • Mendapat kebenaran bertulis sekiranya ingin disiarkan secara umum atau dijual.

Pihak Tokomix Hub berhak menolak, menarik balik, atau mengambil tindakan terhadap karya yang melanggar dasar.


4. Pautan ke Laman Luar

Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman lain. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, dasar privasi atau keselamatan laman pihak ketiga tersebut.


5. Pelanggaran & Tindakan Undang-Undang

Sebarang pelanggaran terhadap terma ini boleh mengakibatkan:

  • Tindakan undang-undang,

  • Penamatan akses ke laman web atau perkhidmatan kami,

  • Tuntutan ganti rugi.


6. Perubahan Terma

Pihak kami berhak untuk mengubah, menambah atau menyesuaikan terma ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Anda digalakkan menyemak halaman ini secara berkala.


7. Undang-Undang Terpakai

Terma ini tertakluk dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diselesaikan di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sah.


✉️ Hubungi Kami

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan penggunaan kandungan, kebenaran rasmi, atau lesen produk:
📩 Emel: tokomixhub@gmail.com

Versi Ringkas (untuk paparan footer atau pop-up)

Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan semua terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kitosia. Semua kandungan dilindungi hak cipta. Penggunaan tanpa izin adalah dilarang.

Lesen dan Kebenaran Penghasilan Produk

Semua hak cipta dan hak komersial bagi Tokomix Hub, termasuk watak, logo, rekaan visual, dan elemen cerita, adalah hak milik eksklusif pencipta asal. Sebarang penghasilan atau penjualan produk berdasarkan syarikat kami hanya dibenarkan setelah mendapat lesen rasmi atau kebenaran bertulis.

1. Pemilikan Hak Eksklusif

Pencipta Kitosia memegang hak penuh terhadap:

  • Watak dan reka bentuk asal

  • Nama dan logo karya

  • Kandungan visual, teks, dan naratif

  • Segala bentuk perniagaan atau promosi yang berkaitan

Sebarang produk, sama ada fizikal atau digital, yang menggunakan elemen karya kami adalah dilindungi oleh undang-undang harta intelek.

2. Kebenaran untuk Menghasilkan atau Menjual Produk

Sesiapa yang ingin:

  • Menghasilkan produk berdasarkan watak atau reka bentuk karekter kami

  • Menjual barangan seperti t-shirt, poster, figura, komik, digital art, NFT, dan seumpamanya

  • Menawarkan kolaborasi komersial atau promosi berbayar

WAJIB mendapatkan lesen atau kebenaran rasmi bertulis daripada pihak pencipta/pengurusan Tokomix Hub

Permohonan boleh dihantar ke: [tokomixhub@gmail.com]

3. Jenis Produk yang Memerlukan Lesen

  • Barangan fizikal (baju, topi, sticker, mainan, poster, aksesori dll.)

  • Kandungan digital (NFT, aplikasi, e-book, muzik, video promosi)

  • Barangan cetakan (komik cetak semula, poskad, kalendar)

  • Penstriman atau persembahan awam yang melibatkan watak cerita kami

4. Larangan Tanpa Kebenaran

Dilarang sama sekali:

  • Menghasilkan atau menjual produk tanpa lesen

  • Menggunakan nama atau imej karya kami untuk tujuan promosi tanpa kebenaran

  • Menyamar sebagai wakil rasmi Karya kami

  • Menjual karya fan art secara bebas tanpa lesen

Tindakan undang-undang boleh diambil jika berlaku pelanggaran terhadap dasar ini.

5. Penamatan Lesen

Sebarang lesen yang diberikan boleh ditarik balik sekiranya:

  • Produk menyalahi garis panduan yang ditetapkan

  • Kandungan menjejaskan reputasi atau nilai asal karekter asal

  • Terbukti menyalah guna hak atau melanggar kontrak

Kebenaran Menghasilkan Karya Fan Art

 

Kebenaran Fan Art

Kami menghargai sokongan dan minat para peminat terhadap Kitosia, termasuk dalam bentuk karya peminat (fan art). Namun, untuk melindungi integriti watak dan kandungan asal, semua karya fan art tertakluk kepada dasar berikut:

1. Kebenaran Bertulis Diperlukan

Semua bentuk fan art yang:

  • Dipamerkan kepada umum (secara digital atau fizikal),

  • Diterbitkan di media sosial, laman web, atau cetakan,

  • Digunakan untuk tujuan komersial (jualan, cetakan, barangan),

mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada pencipta rasmi Kitosia terlebih dahulu.

2. Garis Panduan Fan Art

Fan art yang dibenarkan (setelah mendapat kebenaran) hendaklah:

  • Tidak mengubah sifat atau perwatakan asal watak-watak utama Kitosia.

  • Tidak melibatkan kandungan sensitif, lucah, ganas melampau, atau bercanggah dengan nilai asal karya.

  • Mengiktiraf pemilikan asal, contohnya dengan menyertakan “Watak dari Komik Kitosia oleh [Nama Pencipta]”.

3. Larangan Kegunaan Komersial Tanpa Kebenaran

Dilarang sama sekali menjual, mencetak, atau mengedarkan fan art dalam bentuk:

  • Poster

  • T-shirt atau pakaian

  • Barangan cenderamata

  • NFT atau sebarang format digital berbayar

tanpa kelulusan rasmi bertulis dari pihak pencipta Kitosia.

4. Tindakan Terhadap Penyalahgunaan

Kami berhak mengambil tindakan berikut terhadap fan art yang melanggar dasar ini:

  • Menghantar notis amaran atau permintaan untuk menarik balik kandungan

  • Melapor kepada pihak platform (media sosial/penjual) untuk tindakan lanjut

  • Mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran serius

Jika anda ingin menghasilkan karya fan art, sila hubungi kami di: [alamat emel anda] untuk permohonan rasmi.

Hak Cipta Terpelihara

 

Pernyataan Hak Cipta

Seluruh kandungan dan reka bentuk dalam website Tokomix Hub adalah hak milik eksklusif penciptanya. Semua hak cipta dilindungi oleh undang-undang.

Dilarang sama sekali tanpa kebenaran bertulis daripada artis/pencipta:

  • Menyalin, meniru atau mengulang hasil karya daripada mana-mana karya lukisan illustrasi, komik, video, animasi, halaman website.

  • Mengubah suai reka bentuk atau sifat asal mana-mana watak, termasuk mencipta versi alternatif tanpa kebenaran.

  • Menerbitkan semula kandungan dalam apa jua bentuk — termasuk fotokopi, digital, media sosial, atau mana-mana platform elektronik.

  • Memuat naik isi kandungan, bab atau elemen karya ini ke laman web, blog atau akaun media sosial peribadi tanpa kebenaran rasmi.

  • Menerbitkan semula karya ini dalam bentuk buku, majalah, cetakan atau digital tanpa izin.

  • Melukis fan art yang melibatkan watak asal dan menjual atau menyebarkannya secara komersial tanpa kebenaran bertulis.

Sebarang pelanggaran hak cipta akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Hak Cipta yang berkuat kuasa.

Pelanggaran Hak Cipta

Kami di laman rasmi Tokomix Hub komited untuk melindungi hak cipta dan hak harta intelek yang berkaitan dengan kandungan asal kami. Dasar ini menerangkan bagaimana kami mengendalikan pelanggaran hak cipta yang melibatkan karya dari penerbitan Tokomix Hub, termasuk tindakan yang akan diambil terhadap pelanggar.

1. Pemilikan Kandungan

Semua ilustrasi, watak, cerita, rekaan visual dan kandungan berkaitan Tokomix Hub adalah hak milik eksklusif pencipta dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta tempatan serta antarabangsa.

2. Pengesanan dan Pelaporan Pelanggaran

Kami sentiasa memantau sebarang bentuk pelanggaran seperti:

  • Penggunaan tanpa kebenaran dalam media sosial, laman web, atau produk cetak

  • Peniruan rekaan watak atau jalan cerita

  • Penerbitan semula tanpa kebenaran

  • Penjualan fan art, barangan, atau sebarang produk yang menggunakan elemen dari Tokomix Hub

Sebarang aduan atau maklumat tentang pelanggaran boleh dihantar ke: [alamat emel anda di sini]

3. Tindakan Terhadap Pelanggaran

Jika didapati berlaku pelanggaran hak cipta, kami berhak untuk:

  • Menghantar notis rasmi (cease and desist)

  • Memohon pihak berkuasa, peguam, atau penyedia platform untuk menurunkan kandungan melanggar

  • Mengambil tindakan undang-undang mengikut peruntukan yang sah

4. Pengecualian dan Kebenaran Bertulis

Sebarang penggunaan kandungan Tokomix Hub untuk tujuan kolaborasi, ulasan, pendidikan atau karya peminat (fan art) mestilah mendapat kebenaran bertulis rasmi daripada pihak pencipta.

Friday, May 23, 2025

Biografi Kartunis Ki To Sia


🌟 Mohd Fikri Bin Azman

Kartunis | Illustrator | Pengasas Toko Mix Hub
📍 Alor Setar, Kedah | 🇲🇾 Malaysia
🎨 Nama pena: Ki To Sia


✒️ Tentang Saya

Saya seorang kartunis dan ilustrator Malaysia dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri seni dan penerbitan. Dikenali dengan sentuhan visual yang segar dan sarat identiti tempatan, saya mula melukis sejak usia 3 tahun dan kini menerajui studio kreatif Toko Mix Hub. Karya saya, seperti siri komik aksi futuristik KITOSIA, mempertemukan teknologi dan budaya Nusantara dengan naratif yang mendalam dan penuh imaginasi.


🖌️ Pengalaman Industri

2012 – 2013
🎯 Kartunis & Editor – Majalah Komik Niaga, Flarebiz Sdn. Bhd.

2013
🎯 Kartunis – Majalah Fuyyoo, Komikkita Studio (6 isu)

2013
🎯 Ilustrator – Majalah Kanak-kanak Tik Tok, Emza Marketing


📚 Pendidikan

GIATMARA Kota Raja (2014)
🎓 Sijil Multimedia – Level 2 Animasi 3D


🏢 Studio & Perniagaan

2020 – 2024
🚀 Pengasas Komik Biz Studio – studio penerbitan bebas

2024 – Kini
🚀 Rebranding kepada Toko Mix Hub – pusat kreatif kandungan visual, ilustrasi, dan IP komik tempatan


🏆 Pencapaian Terpilih

  • 🏅 Anugerah Kartunis Harapan 2024 – Hari Kartunis Malaysia (Pekomik)

  • 🥇 Johan – Doodle Voice of Volunheritage, Klang (2024)

  • 🥇 Johan – Karikatur Tokoh Kemerdekaan, UMP (2021)

  • 🏅 Saguhati – Komik Strip “Make a Change in 100 Minutes”, RICOH (2012)

  • 🏅 SaguhatiPertandingan Animasi Lagu Kanak-Kanak, anjuran DBP, Animas & Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (2020)

  • 🥇 Johan – Kartun 1 Malaysia, CAW (2012)





(Tempat Ke-3 Pertandingan Bakat Seni Kartun Merdeka- (Klik Disini Untuk Review)

(Dari Kiri Imran, Kartunis Gayour, Faizal Mukhtar, Kartunis Sireh, Kartunis Aie dan Kito di Majlis Hari Raya Pekomik)


Sehinggalah tertubuhnya blog peribadi di mana KiTo berkongsi karya-karya dan dikritik oleh kartunis lagenda tanah air iaitu Sifu Gayour (Cikgu Bimbingan & Kaunseling) Kalamtimur (Cikgu Warna Digital)Cronstudio (Cikgu Penasihat)Niezam Comic (Cikgu Digital & Stroke)Rabun Mata (Cikgu Penasihat) dan Rio Rashid (Cikgu Selok Belok Industri). di situlah titik permulaan KiTo mendapat bimbingan daripada kartunis Malaysia yang menjadi idolanya. 

(Pertandingan Melukis Kartun 1 Malaysia 2012 Pasar Seni)

Sehinggalah suatu hari, KiTo masuk Pertandingan Melukis Kartun 1 Malaysia yang telah diiklankan di facebook pada tahun 2012 yang lalu. Semangat untuk menang berkobar-kobar menelefon Kartunis Nayan untuk menghantar penyertaan. KiTo memberitahu kepada emak dan ayah bahawa ingin ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib.


Ya, nasib menyebelahi KiTo apabila nama KiTo telah di panggil untuk naik keatas pentas. Tidak dapat gambarkan impian semasa kecil lalu terlintas ketika ribuan flash kamera menyambar atas kemenangan itu. Menjadi harapan mak dan ayah untuk melihat anaknya menang. Itulah hadiah yang dapat KiTo hadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan untuk meyakinkan bahawa bidang Kartun ini mampu menyara hidup. Kini mereka tidak lagi merasakan bidang yang KiTo pilih itu adalah sia-sia.

Selepas daripada kemenangan itu, KiTo telah disunting oleh menjadi Editor di Majalah Komik Niaga pada tahun 2012-2013 dan menjadi kartunis di Majalah Fuyyoo! pada tahun 2013 yang lalu. Kini KiTo bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan syarikat penerbitan majalah. Juga melakukan aktiviti berblogger untuk kelangsungan hidup sebagai kartunis. KiTo masih mendalami dan belajar ilmu tentang kartun bersama-sama rakan-rakan artist yang lain.

(Sebuah Karya Loose Part yang bertajuk Fussy-Bila salah seorang buat kecoh)

Ki To amat meminati karya yang berkonsepkan "emolism". Kartun yang diterapkan di dalam karya banyak mengaplikasikan seni-seni yang ditonjolkan oleh budaya EMO. Bukan kerana KiTo ini suka budaya EMO, tetapi seninya memberi pengaruh yang kuat untuk saya ketengahkan dan memberi sedikit kelainan dalam persembahan kepada peminat kartun KiTo. Prinsip yang KiTo pegang selama ini semasa bekarya ialah "Cartoon is My Heart, Comic is My Mind, Story is My Life". KiTo suka bercerita, suka konsep penceritaan ala-ala cerita barat yang banyak ditonjolkan di filem, sebagai contoh cerita 3D yang dihasilkan oleh Dreamwork Studios. Suka menerapkan unsur-unsur misteri, seram, percintaan, serta sinis.

Ini adalah antara majalah yang pernah Ki To hantar dan diterbitkan. Banyak kenangan di setiap Majalah yang Ki To sertai. Antaranya yang Majalah Komik Niaga yang diterbitkan oleh Flarebiz Sdn. Bhd. secara Digital setiap 4 bulan sekali. Ini adalah majalah pertama Ki To dilantik sebagai Editor majalah di Usia 19 tahun. Pada masa yang sama Ki To juga menghantar karyanya di Majalah Fuyyoo sebagai Kartunis di sana dari isu pertama sampailah isu ke-6. Kerja sambilan yang dilakukan juga adalah menjadi seorang pelukis illustrasi untuk majalah kanak-kanak iaitu Tik Tok, sebuah majalah kanak-kanak. Majalah Fuyyoo dan Majalah Tik Tok adalah dibawah penerbitan Ongkoyz iaitu Komikkita Studio. Manakala Majalah Sempoi ada juga Kito menghantar karyanya disana untuk beberapa Edisi.

@kit0_sia Alhamdulillah terima kasih kepada team produksi Anithink's Studio kerana menerbitkan dokumentari tentang diri Ki To. #fyp #documentary #dokumentari #rtm1 #dakwatdankeringat #kartunmalaysia #kartun #malaysiacartoon ♬ bunyi asal - Ki To Sia


(Kenangan ketika mengambil Anugerah Kartunis Harapan di suatu majlis Hari Kartunis)

(Trofi dan sijil pencapaian Kartunis Ki To Sia)

(Trofi dan sijil pencapaian Kartunis Ki To Sia)




Diupdate pada 23.5.2025 pada hari Jumaat. Jam 7.54 malam.
Diupdate pada 27.5.2025 pada hari Selasa Jam 8.46 pagi

Thursday, May 08, 2025

Pengenalan Syarikat

Tentang Kami

     Tokomix Hub 202403319676 (003675064-A) ialah sebuah syarikat penerbitan yang berpusat di Ijok, Kuala Selangor dan telah ditubuhkan pada 5 Disember 2024. Kami menjalankan perniagaan berasaskan produk-produk eksklusif yang dihasilkan oleh pemilik syarikat sendiri, dengan fokus terhadap kreativiti, kesenian, dan keusahawanan tempatan.

Bidang Perniagaan Utama Tokomix Hub merangkumi:

  1. Penjualan cenderamata eksklusif

  2. Produk kraf tangan tempatan

  3. Pakaian dengan rekaan khas dan eksklusif

  4. Lukisan catan asli

  5. Perkhidmatan ilustrasi profesional

  6. Lukisan karikatur secara langsung

  7. Rekaan grafik untuk pelbagai keperluan

  8. Penerbitan buku, komik dan majalah

  9. Kelas keusahawanan kreatif

Waktu Operasi :

Isnin - Jumaat (Jawab panggilan)
9.00 pagi - 6.00 petang

Sabtu & Ahad
Cuti & Jualan Tapak di luar kawasan.

Notis Pemberitahuan:

  1. Kami membuka sebarang tempahan pembelian produk pada setiap hari melalui talian.
  2. Waktu urusan jual beli atau pertanyaan melalui talian (Call) pada pukul 9.00am-6.00pm aktif.
  3. Waktu pertanyaan melalui online (whatsapp/fb message) dari 9.00am - 10.00pm sahaja.
  4. Sabtu & Ahad adalah cuti, sebarang urusan pertanyaan melalui telefon tidak akan dilayan.
  5. Pertanyaan hanya dibuka secara online sahaja.

Hubungi Kami :

+6017-6445347 (Whatsapp/Call/Message)
tokomixhub@gmail.com

Moto
"Ciptaan Melangkaui Jenama"

Misi
  1. Menghasilkan dan mempromosikan produk asli berkualiti tinggi merangkumi penerbitan, seni visual, pakaian, dan barangan kraf tangan.

  2. Menyokong serta membangunkan usahawan kreatif tempatan melalui program pendidikan dan peluang kerjasama.

  3. Menawarkan perkhidmatan ilustrasi, reka bentuk grafik, dan karikatur secara langsung dengan identiti seni yang tersendiri.

  4. Mengangkat seni tempatan ke pentas antarabangsa dengan menekankan nilai budaya dan keaslian dalam setiap karya.

  5. Menjalankan perniagaan secara beretika, lestari, dan berlandaskan semangat serta minat terhadap dunia kreatif.

Visi
Tokomix Hub komited untuk memperkasa industri kreatif dengan menghasilkan karya yang unik serta ekslusif dan produk terkini dari hasil tangan karyawan kami untuk berkembang dipersada negara mahupun antarabangsa.

Bahasa Blog
Melayu

© HAK CIPTA TERPELIHARA.
Dilarang sama sekali mengambil hasil kerja artist tanpa kebenaran bertulis. Segala kerja tangan artist adalah dibawah © Hak Cipta Tokomix Hub.