Saya seorang kartunis dan ilustrator Malaysia dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri seni dan penerbitan. Dikenali dengan sentuhan visual yang segar dan sarat identiti tempatan, saya mula melukis sejak usia 3 tahun dan kini menerajui studio kreatif Toko Mix Hub. Karya saya, seperti siri komik aksi futuristik KITOSIA, mempertemukan teknologi dan budaya Nusantara dengan naratif yang mendalam dan penuh imaginasi.
(Dari Kiri Imran, Kartunis Gayour, Faizal Mukhtar, Kartunis Sireh, Kartunis Aie dan Kito di Majlis Hari Raya Pekomik)
Sehinggalah tertubuhnya blog peribadi di mana KiTo berkongsi karya-karya dan dikritik oleh kartunis lagenda tanah air iaitu Sifu Gayour(Cikgu Bimbingan & Kaunseling), Kalamtimur(Cikgu Warna Digital), Cronstudio(Cikgu Penasihat), Niezam Comic(Cikgu Digital & Stroke), Rabun Mata(Cikgu Penasihat) dan Rio Rashid(Cikgu Selok Belok Industri). di situlah titik permulaan KiTo mendapat bimbingan daripada kartunis Malaysia yang menjadi idolanya.
(Pertandingan Melukis Kartun 1 Malaysia 2012 Pasar Seni)
Sehinggalah suatu hari, KiTo masuk Pertandingan Melukis Kartun 1 Malaysia yang telah diiklankan di facebook pada tahun 2012 yang lalu. Semangat untuk menang berkobar-kobar menelefon Kartunis Nayan untuk menghantar penyertaan. KiTo memberitahu kepada emak dan ayah bahawa ingin ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib.
Ya, nasib menyebelahi KiTo apabila nama KiTo telah di panggil untuk naik keatas pentas. Tidak dapat gambarkan impian semasa kecil lalu terlintas ketika ribuan flash kamera menyambar atas kemenangan itu. Menjadi harapan mak dan ayah untuk melihat anaknya menang. Itulah hadiah yang dapat KiTo hadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan untuk meyakinkan bahawa bidang Kartun ini mampu menyara hidup. Kini mereka tidak lagi merasakan bidang yang KiTo pilih itu adalah sia-sia.
Selepas daripada kemenangan itu, KiTo telah disunting oleh menjadi Editor di Majalah Komik Niaga pada tahun 2012-2013 dan menjadi kartunis di Majalah Fuyyoo! pada tahun 2013 yang lalu. Kini KiTo bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan syarikat penerbitan majalah. Juga melakukan aktiviti berblogger untuk kelangsungan hidup sebagai kartunis. KiTo masih mendalami dan belajar ilmu tentang kartun bersama-sama rakan-rakan artist yang lain.
(Sebuah Karya Loose Part yang bertajuk Fussy-Bila salah seorang buat kecoh)
Ki To amat meminati karya yang berkonsepkan "emolism". Kartun yang diterapkan di dalam karya banyak mengaplikasikan seni-seni yang ditonjolkan oleh budaya EMO. Bukan kerana KiTo ini suka budaya EMO, tetapi seninya memberi pengaruh yang kuat untuk saya ketengahkan dan memberi sedikit kelainan dalam persembahan kepada peminat kartun KiTo. Prinsip yang KiTo pegang selama ini semasa bekarya ialah "Cartoon is My Heart, Comic is My Mind, Story is My Life". KiTo suka bercerita, suka konsep penceritaan ala-ala cerita barat yang banyak ditonjolkan di filem, sebagai contoh cerita 3D yang dihasilkan oleh Dreamwork Studios. Suka menerapkan unsur-unsur misteri, seram, percintaan, serta sinis.
Ini adalah antara majalah yang pernah Ki To hantar dan diterbitkan. Banyak kenangan di setiap Majalah yang Ki To sertai. Antaranya yang Majalah Komik Niaga yang diterbitkan oleh Flarebiz Sdn. Bhd. secara Digital setiap 4 bulan sekali. Ini adalah majalah pertama Ki To dilantik sebagai Editor majalah di Usia 19 tahun. Pada masa yang sama Ki To juga menghantar karyanya di Majalah Fuyyoo sebagai Kartunis di sana dari isu pertama sampailah isu ke-6. Kerja sambilan yang dilakukan juga adalah menjadi seorang pelukis illustrasi untuk majalah kanak-kanak iaitu Tik Tok, sebuah majalah kanak-kanak. Majalah Fuyyoo dan Majalah Tik Tok adalah dibawah penerbitan Ongkoyz iaitu Komikkita Studio. Manakala Majalah Sempoi ada juga Kito menghantar karyanya disana untuk beberapa Edisi.
Tokomix Hub 202403319676 (003675064-A) ialah sebuah syarikat penerbitan yang berpusat di Ijok, Kuala Selangor dan telah ditubuhkan pada 5 Disember 2024. Kami menjalankan perniagaan berasaskan produk-produk eksklusif yang dihasilkan oleh pemilik syarikat sendiri, dengan fokus terhadap kreativiti, kesenian, dan keusahawanan tempatan.
Bidang Perniagaan Utama Tokomix Hub merangkumi:
Penjualan cenderamata eksklusif
Produk kraf tangan tempatan
Pakaian dengan rekaan khas dan eksklusif
Lukisan catan asli
Perkhidmatan ilustrasi profesional
Lukisan karikatur secara langsung
Rekaan grafik untuk pelbagai keperluan
Penerbitan buku, komik dan majalah
Kelas keusahawanan kreatif
Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat (Jawab panggilan) 9.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu & Ahad Cuti & Jualan Tapak di luar kawasan.
Notis Pemberitahuan:
Kami membuka sebarang tempahan pembelian produk pada setiap hari melalui talian.
Waktu urusan jual beli atau pertanyaan melalui talian (Call) pada pukul 9.00am-6.00pm aktif.
Waktu pertanyaan melalui online (whatsapp/fb message) dari 9.00am - 10.00pm sahaja.
Sabtu & Ahad adalah cuti, sebarang urusan pertanyaan melalui telefon tidak akan dilayan.
Menghasilkan dan mempromosikan produk asli berkualiti tinggi merangkumi penerbitan, seni visual, pakaian, dan barangan kraf tangan.
Menyokong serta membangunkan usahawan kreatif tempatan melalui program pendidikan dan peluang kerjasama.
Menawarkan perkhidmatan ilustrasi, reka bentuk grafik, dan karikatur secara langsung dengan identiti seni yang tersendiri.
Mengangkat seni tempatan ke pentas antarabangsa dengan menekankan nilai budaya dan keaslian dalam setiap karya.
Menjalankan perniagaan secara beretika, lestari, dan berlandaskan semangat serta minat terhadap dunia kreatif.
Visi Tokomix Hub komited untuk memperkasa industri kreatif dengan menghasilkan karya yang unik serta ekslusif dan produk terkini dari hasil tangan karyawan kami untuk berkembang dipersada negara mahupun antarabangsa.